Puisi tentang kekasih untuk kali ini adalah kata kata puisi untuk kekasih dengan judul puisi Raudah.
Bagaimana cerita puisi dalam bait puisi kekasih yang dipublikasikan Katabijake.com
Untuk lebih jelasnya kata kata tentang kekasih dalam bentuk bait puisi, disimak saja berikut ini, puisi tentang kekasih dalam cerita puisi melayu yang dibawah ini.
RAUDAH
Kekasih…
saban waktu
semenjak pendengaranku
mula memahami butiran kata
meliputi kias sindiran mahupun cerca
betapa asasiku sebagai manusia
dipersenda oleh sekian jiwa
seolah-olah aku tidak berhak untuk nikmat dunia
aku hanya mampu terdiam kehilangan punca
sambil menyimpan sarat muatan luka
yang bisa terlihat ketika nafas kuhela.
Kekasih…
semakin hari
semangatku makin kesurutan nyali
terlalu jauh dari sikap seorang pemberani
tak ubah laksana layangan sehelai kertas
lebih rapuh berbanding gemeretak dedahan kayu
sehingga tangis tak bisa mengalir melalui mata
kerana dipinjamkan mata hati
yang sedang berdarah menerusi puisi.
Kekasih…
walau aku dihujani sakit bertalu-talu
bak serangan mitraliur memuntahkan peluru
syukur ke hadrat Tuhan
mengirimkan kamu di sisa hayatku
meluangkan sedikit masa menghayati aku
kelembutanmu membangkitkan aku dari abu
ranjau hidup yang dipenuhi gelita
kini bercengkerama rona bianglala.
Kekasih…
kugagahi langkah ini
melalui perbatuan berliku
kerana di hujung sana
raudah kasihmu sedang menunggu.
TONGKAT SAKTI
Belantara Konkrit
Semenanjung Tanah Melayu 7 Februari 2019
Demikianlah cerita puisi untuk kekasih atau puisi tentang kekasih dalam bentuk puisi melayu atau puisi berbahasa melayu.
Posting Komentar
Posting Komentar